05 May, 2014

silence is good answer

assalamualaikum w.b.t :)



bercakap pasal sensitiviti hati pada entry kali ini.perangai manusia ni tak sama. macam2 ragam. bila kita bercakap mungkin ada yang suka mungkin ada yang terasa. mungkin ada yang salah faham apa yang kita ungkapkan. sebab itu, kena berhati-hati bila berbicara.

buat lawak pun kena la berpada-pada. sebab sestengah orang ni sangat sensitif. mungkin kita rasa sekadar gurau2 manja je. tapi tak bagi sesetengah orang yang jenis kuat 'touching' ni. ada jugak yang bila dia terasa dia akan menjauhkan diri dari kita. ada jugak yang sampai bawa bergaduh. siapa sangka kan ? 

susah nak faham perasaan orang ni kadang-kadang. nak jaga perasaan orang tapi diri sendiri punya perasaan lempar ke laut. kalau lah boleh baca fikiran. boleh jugak tahu dia nak apa sebenarnya kan.

so now, learnt that instead of nak jaga perasaan orang tapi tak tahu nak cakap apa dan macam mana, baik diam aje. diam adalah lebih baik . kalau tak suka, diam. pekakkan telinga.



"Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang"